oh belog

gengcyber

ctrl+clik tuk buka kt tab baru..tq

TINGGALKAN JEJAK ANDA PADA RUANGAN KOMEN POST SNG UTK ADMIN ZIARAH KEMBALI...
TQ

nuffnangx

Friday, September 16, 2011

doktor hospital Tengku Ampuan Rahimah tak reti sambut bayi!!!panas





ape prasaan korang klau korang bapak bayi ni n ble korang minx pnjelasn dri DR...deme marah kite blik??
klu ko ase marah smpi nk bunuh org mayb sme la perasaan Ibrahim Umran, 23 bapa budak ni...
aku tgk pun kesian+tkjut bb jarang aku dga kes2 cmni
xpe kome bace kisah dye aku amik kt brite harian harini

KLANG: Seorang bayi perempuan yang baru empat hari dilahirkan mengalami kecederaan serius di muka dan mata dipercayai akibat kecuaian doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini ketika menyambut kelahiran bayi itu.

Difahamkan bayi sulung kepada pasangan suami isteri yang baru setahun berkahwin itu tidak dapat menyusu seperti biasa kerana luka di mulut sehingga pihak hospital terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memberi susu kepada bayi terbabit yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) hospital berkenaan.

Ibrahim Umran, 23, berkata lebih menyedihkan sehingga sekarang pihak hospital masih gagal memberi penjelasan munasabah mengenai punca kecederaan bayinya itu, malah diherdik oleh doktor bertugas apabila beliau terus mendesak meminta penjelasan.
“Apa yang dikesalkan, apabila ditanya jururawat yang menyambut kelahiran bayi saya mengapa kejadian itu berlaku, mereka hanya menjawab tak tahu. Isteri saya memberitahu doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah doktor perempuan dan masih muda tetapi sehingga sekarang saya belum dapat menemuinya untuk meminta penjelasan.

“Saya turut ditengking oleh doktor bertugas dengan mengatakan saya terlampau banyak bertanya serta tidak memikirkan masalah doktor yang terpaksa bekerja siang dan malam tanpa rehat mencukupi untuk merawat pesakit,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ditemui di sini, semalam.

Ibrahim berkata, ketika kejadian, beliau menunggu di luar bilik pembedahan bersalin sementara isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23, menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam, Isnin lalu.

“Selepas menunggu kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bayi dan saya sangat terkejut apabila mendapati bayi saya banyak lebam di bahagian muka.
“Hancur luluh hati saya apabila melihat anak sulung yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat. Doktor yang melihat bayi saya ada mengatakan kecederaan ini mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi,” katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi jurucakap hospital berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan dengan mendapatkan maklumat dari bahagian bersalin sebelum memberikan ulasan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop pula berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan.

inilasye:saman je Dr yg wat bising tu..n kpd pak cik ibrahim kmi tumpang simpati


10 comments:

  1. saya tumpang simpati.
    saman jangan tak saman sepital tu

    ReplyDelete
  2. tu la....alasan Dr tu lgsung xmnsbah...

    ReplyDelete
  3. Mentang-mentanglah lelaki tu drebar lori, bolehlah diherdiknya macam tu. Kalau org tu berpangkat sikit, berani dia angkat muka?
    Kurang ajar buat baby org mcm tu..

    ReplyDelete
  4. saman saja..ni akibat kecuaian sebenarnya.sometimes diorg nk cover kesalahan..they must admit that.unless if baby tu dari dalam perut lagi mengalami kecederaan.as patient ada hak untuk pertahankan.

    ReplyDelete
  5. tu la pasl...klu org bwahan dme mmg cmtu la...slalu dtindas
    klu spe2 ade no telefon bapak mangse tu meh bg...bia kmi bwat interview lak...

    ReplyDelete
  6. gila!!! budak baru lahir dah jadi macam nih...saman hospital! saman malu dokto tu..kurang hajar sungguh!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  7. alasan tak boleh pakai. esok kalau anak dia yg kena camni, apa citer lak?

    ReplyDelete
  8. mmg la...ntah la dunie...pnat2 xyh la jd doc..duk umah jge laki n anak

    ReplyDelete
  9. kesiannye...tp bkn nk ckp ar hospital kerajaan mmg camtu ar...servis tah pape....

    ReplyDelete
  10. kesiannye..hospital kerajaan mmg cmtu ar...service tah pape ar...sian dak tu kan

    ReplyDelete

Read more: http://www.mybloggertrick.com/2012/02/facebook-popup-like-box-with-timer.html#ixzz2CTDSLa6Y