oh belog

gengcyber

ctrl+clik tuk buka kt tab baru..tq

TINGGALKAN JEJAK ANDA PADA RUANGAN KOMEN POST SNG UTK ADMIN ZIARAH KEMBALI...
TQ

nuffnangx

Tuesday, January 18, 2011

FAKTA BUFFERED EARNING NUFFNANG

ok post kali ni aku nk cte ape bnde BUFFERED EARNING n knpe bnde ni sagt pntg bg blogger yg berdaftar dengan NUFFNANG.


Buffered earning (mCPM) merupakan sumber pendapatan yang lumayan daripada NUFFNANG. Ramai blogger yang diluar sana terkejar-kejar untuk mendapatkan buffered earning. Bak kata hidup seorang blogger, buffered earning merupakan semangat untuk mereka terus menulis dan berblog walking tanpa jemu.

1. Apakah itu buffered earning?

Dikenali sebagai kempen mCPM(metered cost per impression), dimana pembayaran di kreditkan berdasarkan jumlah pelawat ke blog anda.


2. Adakah buffered earning lumayan?

Satu buffered earning boleh mencecah rm200++ untuk satu kempen.semua itu bergantung kepada advertiser untuk membeli jumlah pelawat ke blog anda ( trafik tinggi adalah sangat penting).


3. Berapakah jumlah advertiser membeli pelawat anda?

Bagi blog yang masih baru, kebiasaanya advertiser membeli 100-300 pelawat sehari (berdasarkan purata pelawat blog anda seminggu).


4. Tempoh kempen buffered di blog anda?

Sesetengah kempen buffered boleh mengambil masa lebih dari sebulan untuk berlegar kat blog anda. Tempoh masa yang singkat adalah seminggu.


5. Kenapa kempen buffered tidak menari-nari (tidur)?

Ia menandakan iklan tersebut telah mencapai jumlah pelawat yang dikehendaki untuk sehari (contohnya,apabila advertiser membeli 100 pelawat sehari , maka hanya 100 pelawat yang pertama sahaja boleh melihat iklan anda)


6. Apakah itu metered earning?

Merupakan kempen buffered earning(mCPM) yang telah tamat tempoh dan pendapatan buffered anda akan dikreditkan sebagai current earning.


7. Bagaimana blog terpilih untuk kempen mCPM?

Blog tersebut terpilih berdasarkan kesesuaian blog tersebut terhadap sesuatu iklan.kalau blog anda menceritakan tentang pelancongan ,anda akan mendapat iklan daripada syarikat pelancong seperti airasia, MAS dan lain-lain.kriteria lain seperti kedudukan ads dan sentiasa update survey adalah penting.


8. Adakah semua blog terpilih untuk kempen buffered?

Tidak semua blog terpilih kempen mCPM. Blog tersebut mestilah mempunyai kandungan yang asli dan bukannya daripada sumber parti ketiga(sumber lain). Blog lagu,movie dan artis adalah antara blog yang susah untuk dapat buffered earning walaupun blog jenis ni mendapat beribu-ribu pelawat setiap hari.


AMARAN: Jangan sesekali menukar template ketika buffered earning sedang berlegar kat blog anda .Ia boleh menyebabkan kempen buffered tamat (rugi kan).





2 comments:

Read more: http://www.mybloggertrick.com/2012/02/facebook-popup-like-box-with-timer.html#ixzz2CTDSLa6Y