oh belog

gengcyber

ctrl+clik tuk buka kt tab baru..tq

TINGGALKAN JEJAK ANDA PADA RUANGAN KOMEN POST SNG UTK ADMIN ZIARAH KEMBALI...
TQ

nuffnangx

Thursday, October 7, 2010

Emma pacar terbaru Spider-Man

LOS ANGELES: Sempena kemunculan terbarunya di layar perak tidak lama lagi, superhero Spider-Man bakal berpacaran dengan teman wanita baru.

Emma Stone (gambar) yang pernah beraksi untuk filem Zombieland dipilih membawa watak Gwen Stacy dalam kemunculan terkini Spider-Man, dijadual pada 2012 ini.


Kenyataan dikeluar penerbit filem itu, Columbia Pictures, mengesahkan laporan kelmarin yang memetik sumber tertentu mendakwa Emma, 22, terbabit dalam pembikinan filem Spider-Man.


Gwen Stacy berperanan sebagai watak pembantu dalam komik Spider-Man dan pernah muncul dalam filem Spider Man 3 pada 2007, tetapi ketika itu ia dilakonkan Bryce Dallas Howard. Untuk filem akan datang, watak itu diangkat sebagai tokoh utama di samping hero, Spider-Man dan Peter Parker.


Tiga filem Spider-Man sebelum ini dilakonkan Tobey Maguire (sebagai Peter Parker) dan Kirsten Dunst (kekasih Spider-Man, Mary Jane Watson).


Namun, Januari lalu, penerbit memutuskan untuk tidak menyambung filem berkenaan, sebaliknya menghasilkan ia semula dalam versi baru.


Kali ini, Parker digambarkan sebagai pelajar sekolah tinggi dan aktor kurang terkenal, Andrew Garfield, dipilih membawakan peranan itu



No comments:

Post a Comment

Read more: http://www.mybloggertrick.com/2012/02/facebook-popup-like-box-with-timer.html#ixzz2CTDSLa6Y