oh belog

gengcyber

ctrl+clik tuk buka kt tab baru..tq

TINGGALKAN JEJAK ANDA PADA RUANGAN KOMEN POST SNG UTK ADMIN ZIARAH KEMBALI...
TQ

nuffnangx

Friday, November 26, 2010

dua alam review from syahirul.com




Seperti yang dijanjikan dalam Facebook fan page, aku akan membuat review tentang filem 2 Alam yang dikatakan hangat oleh Dr. Rozmey dan akan mendapat rm40 juta setelah ditayangkan. Aku pergi menonton filem ni dengan Encik Khai dekat MidValley petang tadi dan apa yang membuatkan aku terkejut adalah bilangan penonton yang menonton filem tersebut adalah 22 orang sahaja dari 140 seat yang disediakan.

Pelik juga kenapa sambutannya agak dingin bagi filem yang baru sahaja ditayangkan. Aku fikir positif sahaja, mungkin ramai belum balik kerja dan mungkin mereka ingin menonton pada hari minggu. Masuk panggung dan kami duduk tiga baris dari belakang. Iklan selama 15 minit punya lama dan yang peliknya kenapa tak ada trailer filem-filem baru ditayangkan sebelum filem 2 Alam bermula. Yang ada hanya iklan-iklan bodoh sahaja.

Mula sahaja filem tersebut, 5 minit terawal telah dihabiskan dengan teks-teks nasihat kepada manusia. Okey, tak apalah, tapi cara penyampaian teks tersebut macam cara cerita dulu-dulu sahaja. Ia tak patut dibuat lagi jika DDR ingin membuat filem seterusnya. Kemudian filem tersebut memainkan lagu Allayarham Sudirman yang bertajuk “Salam Terakhir”. Sungguh syahdu dan boleh dikatakan okey la permulaan filem tu.

Sebelum aku nak kritik dan puji, aku nak korang baca sedikit ringkasan tentang filem ni.

Ia mengisahkan cerita tentang seorang lelaki bernama Adam yang baik pada zaman kecilnya dan apabila besar, dia menukar jantinanya kepada seorang perempuan. Dia sanggup mengubah ciptaan yang telah Allah kurniakan padanya dan menggelarkan dirinya sebagai Amy. Amy hidup mewah dan bekerja sebagai penyanyi dan dia dikenali sebagai seorang artis.

Amy sanggup menjual dirinya kepada orang-orang kaya demi mendapatkan wang dan di samping itu mempunyai seorang teman lelaki bukan Islam. Dia selalu melakukan hubungan terlarang bersama teman lelakinya dan satu hari ketika mereka ingin melakukannya di dalam kereta dalam taman tasik, mereka dikejutkan dengan kedatangan 3 orang samseng.

Samseng tersebut membelasah teman lelaki Amy dan merogol Amy di dalam semak berhampiran. Amy pulang dan menangis keseorangan (pelik betul pondan kena rogol nangis). Esoknya teman lelaki Amy datang menjenguk Amy dan menceritakan bahawa dia telah membuat laporan polis mengenai kejadian semalam. Amy memarahi teman lelakinya kerana dia tak mahu hal tersebut dihebohkan.

Amy kemudian berkahwin dengan lelaki mat saleh dan upacara perkahwinan tersebut sama seperti perkahwinan orang Kristian (murtad mungkin). Selang beberapa lama muncul di dada-dada akhbar bahawa Amy adalah seorang lelaki dan sejak itu hidupnya hancur. Dia tak keluar rumah dan asyik menangis sahaja. Kemdian Amy membunuh diri dengan menggantung dirinya.

Jenazah Amy dihantar pulang ke kampung halaman. Dia dimandikan dan dikafankan. Setelah mengangkat jenazah masuk ke dalam van, tiba-tiba tayar van pecah. Tiada van lain dan tiada tayar spare untuk digantikan. Mereka terpaksa usung jenazah ke masjid untuk disolatkan. Watu selesai imam bagi salam, dia terlihat di sudut masjid kenangan sewaktu Adam kecil mengaji di sana (bab ni memang aku solute cara flashbacknya).

Kemudian mereka mengusung jenazah ke tanah perkuburan, namun pelbagai rintangan yang datang antaranya jenazah menjadi sangat berat sehingga mereka mengusungnya dari tengahari sampai malam dan lubang kubur sukar untuk digali kerana pelbagai masalah timbul. Tiba di kubur dan saat memasukkan jenazah, kubur menjadi sempit dan jenazah terpaksa dikeluarkan.

Waktu nak keluarkan jenazah, tiba-tiba jenazah menjadi sangat ringan dan tercampak ke atas. Ia menunjukkan jenazah tidak diterima bumi. Ustaz menyuruh mereka menguburkan jenazah di luar kawasan perkuburan tersebut dan akhirnya dapat dikuburkan. Mereka membaca talqin dan kemudian beredar dari tanah perkuburan. Tamat.

Itulah ringkasan dari filem terbabit dan apa yang aku nak komen adalah seperti di bawah.

  • Filem ini boleh dikategorikan sebagai drama yang biasa kita tonton di kaca televisyen.
  • Durasi selama 1 jam 22 minit amat membazirkan masa penonton kerana terlalu banyak flashback yang diulang berkali-kali.
  • Keseluruhan filem ini boleh dipendekkan dan dijadikan drama selama setengah jam sahaja di kaca televisyen kerana jalan ceritanya sangat pendek.
  • Lagu “Salam Terakhir” dimainkan berulang-ulang kali dalam filem ni amat membosankan. Hanya dua lagu sahaja terdapat dalam filem ni.
  • Filem terlalu banyak menunjukkan adegan berunsur lucah (romen-romen) dan selalu diulang tayang adegan yang sama berkali-kali.
  • Babak Amy meminum arak dengan menggunakan kasut yang dipakainya tak perlu ditunjuk kerana ia adalah babak yang terlalu bodoh.
  • Babak Amy lari dari perogol dalam jarak 5 meter dan dikejar perogol menunjukkan kepenatan mereka berlari macam 1 km adalah sangat tak boleh diterima akal.
  • Babak Amy dan teman lelakinya di tepi kolam renang dan berjalan masuk ke dalam kolam renang adalah babak yang tak perlu dimasukkan kerana ia membazirkan masa penonton. (lama juga babak ni)
  • Filem ini bagus kerana ia menunjukkan satu teladan yang harus dijadikan iktibar oleh lelaki-lelaki yang mengubah diri mereka kepada perempuan. Bertaubatlah kamu ye!
  • Unsur pembalasan di dunia yang diterapkan memberikan satu keinsafan kepada masyarakat supaya sentiasa tahu bahawa azab Allah itu adalah benar dan ia dapat meningkatkan iman dalam diri.
  • Kisah kehidupan segolongan manusia (pondan & maknyah) yang memang benar di zaman ini ditunjukkan agar masyarakat tahu wujudnya golongan ini.
  • 50% golongan bapok yang menonton filem ini insaf dan mereka kembali ke pangkal jalan. LOL! (jangan percaya)

Cukup kot aku rasa point-point yang aku bagi. Ada sesiapa yang dah tonton dan nak tambah? Overall aku sangat kecewa dengan filem ini dan ia memang layak ditayangkan dalam cerekarama sahaja. Filem ni amat membuang masa (sebab utama) dengan flashback yang berulang kali memanjangkan masa filem ini sehingga ia jadi 1 jam 22 minit.

Dengar cerita (gosip hangat) kutipan 2 juta pada hari pertama ia ditayangkan yang dicanangkan oleh akhbar tempatan adalah satu pembohongan. Dari sumber yang aku dapat, kutipannya hanya dalam rm80,000 sahaja. Biar betik!

Penafian: Artikel ini ditaip bukan bertujuan untuk menghasut orang ramai agar membenci filem ini. Ia adalah sekadar pandangan peribadi penulis setelah menonton filem ni. Jika anda tak berpuas hati dengan apa jua yang penulis katakan, sila kemukakan aduan kepada penulis melalui email me@syahirul.com.



No comments:

Post a Comment

Read more: http://www.mybloggertrick.com/2012/02/facebook-popup-like-box-with-timer.html#ixzz2CTDSLa6Y